Soalan Sering Ditanya




 

Mengapa saya perlu memilih PUSAT RAWATAN ISLAM AR-RAHMAN

Berikut adalah KELEBIHAN untuk anda apabila mendapatkan khidmat rawatan Profesional di PUSAT RAWATAN ISLAM AR-RAHMAN

PENYEMBUHAN HOLISTIK ISLAMIAH
Kepakaran kami dalam Penyembuhan Holistik Islamiah yang menggabungkan elemen-elemen dalam Perubatan Islam, Perubatan Tradisional, Perubatan Alternatif, Perubatan Suplementari dan Perubatan Komplimentari.

BERPENGALAMAN
Kami berpengalaman dalam memberikan khidmat profesional dan sokongan untuk merawat berbagai penyakit dan masalah ke atas rubuan Pesakit dari semua golongan dan profesion hingga VIP secara Profesional.

DIYAKINI RAMAI
Alhamdulillah,PUSAT RAWATAN ISLAM AR-RAHMAN amat diyakini oleh para Pesakit; yang datangnya dari seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak; juga Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Qatar, Bahrain, United Kingdom dan banyak lagi.

BACAAN YANG JELAS
Bacaan Al-Quran oleh Perawat adalah secara TARTIL, TERANG dan JELAS sebutannya. Terhindar dari sebarang mentera atau jampi serapah.

PERAWAT TERLATIH
Barisan Perawat kami yang cekap, beretika, terlatih dan berpwngalaman serta sentiasa berpegang dengan prinsip Iman, Taqwa dan Istoqamah didalam merawat pelbagai jenis Penyakit dan Masalah.

​AL-QURAN & AS-SUNNAH
Kaedah dan Teknik Rawatan kami adalah bersandarkan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias yang telah terbukti berkesan (dengan Izin Allah) didalam merawat berbagai jenis Penyakit dan Masalah.

GARIS PANDUAN
Kaedah dan Teknik Rawatan kami adalah mematuhi Syariat Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepenuhnya. Seiring dengan garis panduan dari pihak yang berwajib.

MANTAP
Sewaktu Sesi Rawatan, Bacaan Al-Quran dimantapkan lagi dengan Wirid, Asma'ul Husna, Zikrullah dan Doa-doa Mustajab.

KONDUSIF
Tempat Rawatan yang KONDUSIF. Dengan Aroma Terapi, Terapi Audio dan selesa; yang menyokong proses penyembuhan; disamping bacaan Ruqyah Syar'iyah oleh Perawat.

EKSLUSIF
Sesi Rawatan EKSLUSIF yang tidak bercampur dengan pesakit lain. Segala maklumat anda adalah SULIT dan RAHSIA, kecuali kepada Perawat sahaja. Demi menjaga maruah dan kehormatan anda.

SISTEMATIK
Rawatan dan Terapi Al-Quran yang SISTEMATIK - Dikategorikan serta mempunyai Prosuder yang teratur, demi menjaga keselamatan anda dan memastikan anda mendapat rawatan terbaik dan sempurna dari Perawat Islam yang terlatih.

TERBUKTI
Rawatan yang diberikan adalah TERBUKTI berkesan di dalam eningkatkan tahap kesihatan Pesakit, berdasarkan pengalaman sebenar Perawat, guru-guru dan sumber amalan ilmu yang bersusur galur dari Tanah Melayu, Indonesia dan Tanah Arab.

BERPATUTAN
Kadar Sumbangan yang ditetapkan untuk Perkhidmatan Profesional Di PUSAT RAWATAN AR-RAHMAN adalah berpatutan jika dibandingkan dengan Pengalaman, Ilmu, Kepakaran, Tenaga, Masa, Sistem, Perkhidmatan dan risiko (jangkitan penyakit dan gangguan jin dan syaitan) ke atas Perawat.

BERUSAHA
Kami senantisa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kesejahteraan anda. Kesejahteraan anda, keutamaan kami.
 

SEJAUHMANA KEBERKESANAN RAWATAN YANG DIJALANKAN DI PUSAT RAWATAN ISLAM AR-RAHMAN UNTUK MENYEMBUHKAN PENYAKIT.

KEBERKESANAN RAWATAN

Semua Penyakit itu datangnya dari Allah SWT dan hanya Allah SWT sahaja yang maha berkuasa untuk menyembuhkannya. Majoriti dari para pesakit PUSAT RAWATAN ISLAM AR RAHMAN telah berjaya mencapai tahap kesembuhan; dengan izin, kehendak dan kuasa Allah SWT jua; atau sekurang-kurangnya ditingkatkan tahap kesihatan mereka; dengan syarat Pesakit (dan juga Perawat) mestilah sentiasa berpegang kepada prinsip Iman, Taqwa dan Istiqamah (berterusan) dalam berusaha mencari kesembuhan. In shaa Allah.

Daripada Jabir bin Abdullah, dari Nabi SAW  telah bersabda (yang bermaksud) : '' Tiap-tiap PENYAKIT itu (ADA) UBATNYA. Apabila MENEPATI UBAT TERHADAP PENYAKIT tersebut, maka SEMBUHLAH DENGAN IZIN ALLAH.'' (HR Muslim dan Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ''ALLAH menurunkan PENYAKIT dan menurunkan pula UBATNYA, DIKETAHUI OLEH YANG MENGETAHUI DAN TIDAK AKAN DIKETAHUI OLEH ORANG YANG TIDAK MENGERTI.'' (HR Al-Bukhhori dan Muslim)

Rawatan dan Terapi Al-Quran yang dilaksanakan secara optimum berperanan untuk mencapai beberapa atau kesemua tindakbalas berikut :
  • Menyembuhkan Penyakit
  • Menjadi Rawatan Utama - Bagi Penyakit yang tidak dapat disembuhkan oleh perubatan moden
  • Menjadi Rawatan Sokongan (penambahbaik) kepada Perubatan Moden - untuk pesakit yang sedang menjalani Rawatan Moden di hospital
  • Mempercepat proses pemulihan sesuatu Penyakit.
  • Meredakan kesakitan dan memberi ketenangan mental, rohani, hati dan jiwa Pesakit - melalui pembacaan ayatul Quran yabg tartil dan jelas.
  • Menjadi Terapi yang berterusan bagi orang yang sakit, juga sangat baik untuk orang yang sihat, kerana ianya 100% selamat dan tiada kesan yang memudaratkan.
  • Memberi semangat kepada Pesakit untuk meneruskan kehidupan dan tidak berputus asa di dalam mencari kesembuhan. In shaa Allah.

SAYA SEDANG MENJALANI PERUBATAN DI HOSPITAL. BOLEHKAH SAYA MENDAPATKAN RAWATAN DARI PUSAT RAWATAN ISLAM AR-RAHMAN?

Ya. Jika anda sedang menjalani perubatan di hospital sangat digalakkan untuk membuat Rawatan Dan Terapi Al-Quran, sebagai Rawatan Sokongan ke atas perubatan hospital @ Rawatan Moden berkenaan. Pesakit boleh membuat Rawatan  Ar-Rahman atau Rawatan Solat Hajat. In shaa Allah.

ADAKAH DISEDIAKAN PUSAT PENJAGAAN atau ASRAMA BAGI PESAKIT 

Kami memohon maaf. Setakat ini kami tidak menyediakan pusat penjagaan atau asrama bagi apa jua jenis penyakit


Switch To Desktop Version