
Kadar Sumbangan yang ditetapkan untuk setiap Perkhidmatan Rawatan di PUSAT RAWATAN ISLAM AR-RAHMAN adalah berpatutan dan sangat rendah jika dibandingkan dengan pengalaman, ilmu, kepakaran, tenaga, masa, sistem, kualiti perkhidmatan dan risiko (jangkitan penyakit dan gangguan jin dan syaiton) ke atas Perawat; serta kemudahan dan peralatan yang disediakan untuk para Pesakit.
Bagi memohon keberkatan dan kerdhoan dari Allah SWT ke atas diri anada (Pesakit) dan PUSAT RAWATAN ISLAM AR-RAHMAN; sebaik-baiknya, segala bayaran haruslah diniatkan sebagai Tabarru' (Sumbangan Ikhlas) untuk membantu Rahman Consultancy terus berjihad di jalan Allah (beroperasi) setiap hari bagi merawat Pesakit-pesakit lain; menentang kejahatan dan kezaliman manusia durjana, jin, syaiton dan iblis laknatullah; serta berdakwah dan menyebarkan Syiar Islam melalui Rawatan dan Terapi Al-Quran yang dipraktikkan setiap hari.