Keberkesanan Rawatan

 


Semua Penyakit itu datangnya dari Allah SWT dan hanya Allah SWT sahaja yang maha berkuasa untuk menyembuhkannya. Majariti dari para pesakit PUSAT RAWATAN ISLAM AR-RAHMAN telah berjaya mencapai tahap kesembuhan; dengan izin, kehendak dan kuasa Allah SWT jua; atau sekurang-kurangnya ditingkatkan tahap kesihatan mereka; dengan syarat Pesakit (dan juga Perawat) mestilah sentiasa berpegang kepada prinsip Iman, Taqwa dan Istiqamah (berterusan) dalam berusaha mencari kesembuhan. In shaa Allah.

Daripada Jabir bin Abdullah, dari Nabi SAW  telah bersabda (yang bermaksud) : '' Tiap-tiap PENYAKIT itu (ADA) UBATNYA. Apabila MENEPATI UBAT TERHADAP PENYAKIT tersebut, maka SEMBUHLAH DENGAN IZIN ALLAH.'' (HR Muslim dan Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ''ALLAH menurunkan PENYAKIT dan menurunkan pula UBATNYA, DIKETAHUI OLEH YANG MENGETAHUI DAN TIDAK AKAN DIKETAHUI OLEH ORANG YANG TIDAK MENGERTI.'' (HR Al-Bukhhori dan Muslim)

Rawatan dan Terapi Al-Quran yang dilaksanakan secara optimum berperanan untuk mencapai beberapa atau kesemua tindakbalas berikut :

  • Menyembuhkan Penyakit
  • Menjadi Rawatan Utama - Bagi Penyakit yang tidak dapat disembuhkan oleh perubatan moden
  • Menjadi Rawatan Sokongan (penambahbaik) kepada Perubatan Moden - untuk pesakit yang sedang menjalani Rawatan Moden di hospital
  • Mempercepat proses pemulihan sesuatu Penyakit.
  • Meredakan kesakitan dan memberi ketenangan mental, rohani, hati dan jiwa Pesakit - melalui pembacaan ayatul Quran yabg tartil dan jelas.
  • Menjadi Terapi yang berterusan bagi orang yang sakit, juga sangat baik untuk orang yang sihat, kerana ianya 100% selamat dan tiada kesan yang memudaratkan.
  • Memberi semangat kepada Pesakit untuk meneruskan kehidupan dan tidak berputus asa di dalam mencari kesembuhan. In shaa Allah.

Switch To Desktop Version